Tuesday 14 May 2013

Perkara Asas Perlu dijaga. .IF not We CanJudge it


DON’T JUDGE A BOOK BY ITS COVER
Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat.
“Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi” Katanya memberi buah fikirannya.
“Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok” tambah wanita ini lagi.
Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin ‘advance’ hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu :
“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu” (Riwayat Muslim)
Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja.
“Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game’ semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: “Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu”
Lalu jawab si pekerja : ” Saya luaran je nampak main ‘game’ boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang”
Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu ?. Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya ?
Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata. Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya :
“Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati” (Riwayat Muslim)
Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah ata selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.
Justeru, ‘we can judge a book by its cover in certain cases’ iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu ‘that cover is reflecting what’s inside the heart of a person’.

Perkongsian InsyaAllah ianya Berguna



Wahai Makhluk Ciptaan yg ESA yg aku sayangi. Peliharalah Maruahmu...Peliharalah Auratmu...Peliharalah suaramu...Peliharalah Sikapmu...Agar tidak menjadi SAJIAN AN NAR!!! Agar tidak membingungkan Rasul kesayanganku. Agar Kau tidak menjadi Tentera SYAITAN musuh Kita yg nyata. Sebaliknya jadilah kamu pembantu para Muslimin....Penguat para mukminin...Pembakar para mujahidin...Peliharalah...Peliharalah...Peliharalah...Agar kami pejuang Agama ALLAH terpelihara. Aku ingin sekali melihat kau yg kucintai menutup tubuhmu dengan baik dan memelihara auratmu dengan sempurna. Agar aku menjadi lebih hormat kpd mu. Ingin sekali ku melihat kau memelihara maruahmu.

Agar Kaum Adam lebih berusaha mendapatkamu dan menghargaimu...


Jauhkanlah diri kamu dari Fesyen2 yg bakal menjadikan kamu sajian api jahanam...Jauhkanlah diri kamu drpd tutur kata yg sia2 drpd menjadi bahan guntingan neraka...Tp bakarlah semangat kamu dgn api AKIDAH agar bergetar seluruh jiwa lelaki akan Insan yg bernama MUSLIMAH.

Dengarlah insan yg kusayangi krn Allah Agar kau tidak terlena dlm kesengsaraan yg kau sediakan...


Ya Allah, bantulah aku dlm kerja2 untuk menyedarkan hambamu...Aku ini insan yg lemah YA ALLAH... aku tidak berdaya, Ya Allah..Berikanlah aku kekuatan, Ya Allah...Engkau bukaknlah hati insan yg ku syg itu agar dia menerima segala nasihat dan agar dia kembali semula ke jalan yg diredhaimu, Ya Allah...Ya Allah, beriknlah insan yg ku syg itu petunjuk dan hidayahmu...Engkau ampunilah segala dosanya, Ya Allah...Ya Allah, aku merintih, merayu dan memohon agar batinku dapat melihat insan yg ku syg tidak lg terabai....

YA ALLAH RABBUL IZZATI...

Mutiara Kata

- JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.
- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
- JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna
- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
- JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.
- JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.
- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.
- JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
- JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.
- JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.
- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
- JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.

ALLAH lebih tahu. Wallahualam.. Jangan Lupa Share kepada rakan-rakan anda.

Mukmin

Seorang Mukmin Sentiasa Menjaga Solatnya

Tuhan Ampunilah hambamu yang lemah

kami orang muda banyak pancaroba
kami sering lupa malas beribadah 
tak menghormati Ibu bapa

Mari hindari bersama
membuang masa



Monday 13 May 2013

YA ALLAH!



"Orang yang Keras hatinya, Adalah Orang Yang paling Jauh Dari ALLAH"

elakkan dari mengata
elakkan dari bergossip
elakkan dari mengumpat

orang yang hatinya keras adalah orang yang paling jauh dengan kita
walhal kita mahu ALLAH dekat ngan kita

SUPAYA

Allah dengar apa yg kita doa

#Sesugguhnya diriku telah banyak mensia-siakan setiap saatku T_T

<3 Islam